Friday, March 27, 2015

warfarin

WARFARIN
(i) Tujuan/ Kegunaan Ubat
 Warfarin digunakan untuk menghalang pembentukan darah beku dan menghalang darah beku sedia ada daripada menjadi semakin besar. Ia kerap dipreskripsikan untuk pesakit yang mengalami degupan jantung tak sekata tertentu dan/atau bagi mereka yang telah melalui serangan jantung atau pembedahan penggantian injap jantung. Warfarin berfungsi dengan menghentikan pembentukan bahan yang menyebabkan darah beku serta mencegah berlakunya trombosi dan embolism.

(ii) Cara Penggunaan Administrasi
  Ikut arahan pada label pengubatan. Makan tablet pada masa yang sama sekali sehari. Terdapat jenama warfarin yang berbeza (contohnya, Marevan®, APO-Wafarin®).
 Jangan tukar jenama kerana ia mungkin mempunyai keberkesanan yang berbeza.

Jika terlupa
  Ambil dos yang tertinggal sebaik sahaja anda teringat, jika ianya dalam tempoh hari yang sama. Teruskan mengambil warfarin anda pada waktu yang sama pada keesokan hari. Jangan gandakan dos. Menggandakan dos mungkin menyebabkan peningkatan pendarahan. Catatkan tarikh dos yang tertinggal dan beritahu doktor anda semasa janji temu anda yang seterusnya.

Penyimpanan
  Jauhi dari kelembapan (simpan di tempat yang kering) dan kepanasan (elakkan daripada sinaran terus matahari)
  Simpan ubat di tempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak

Peringatan
  Kehamilan: Warfarin boleh menyebabkan kecacatan semasa lahir. Maklumkan doktor atau ahli farmasi anda jika anda hamil atau berhasrat untuk hamil.
Pembedahan: Jika anda akan melalui pembedahan (termasuk pembedahan gigi) maklumkan doktor atau doktor gigi berkenaan bahawa anda mengambil warfarin. Doktor mungkin meminta anda berhenti mengambil warfarin selama beberapa hari sebelum prosedur tersebut untuk mengelakkan pendarahan berlebihan.
Alkohol: Elakkan pengambilan alkohol berlebihan. Dinasihatkan supaya tidak mengambil lebih daripada 5 tin bir atau lebih daripada 1 botol wain seminggu.
Aktiviti Harian: Berhati-hati apabila menggunakan pisau cukur dan objek tajam lain. Elakkan sukan lasak (contohnya, bola sepak, rugbi, seni mempertahankan diri) atau aktiviti yang boleh mencederakan anda .Elakkan penggunaan berus gigi, floss yang keras.
Kecederaan: Sekiranya anda mengalami kecederaan ringan, basuh dan berikan tekanan atas kawasan tersebut sehingga pendarahan berhenti (ini mungkin mengambil masa sehingga 10 minit). Dapatkan perhatian perubatan dengan segera jika pendarahan banyak berlaku pada tempat cedera atau jika anda mengalami kecederaan di kepala. Teruskan memberi tekanan pada tempat luka sambil menunggu bantuan.

Peringatan:
 Semasa anda mengambil warfarin, anda perlu kembali untuk pemeriksaan darah secara berkala. Pada setiap temu janji dengan doktor anda, pemeriksaan darah akan diarahkan untuk memeriksa Nisbah Ternormal Antarabangsa (INR), yang mencerminkan keberkesanan rawatan antikoagulasi. Jadi, penting bagi anda menghadiri setiap temu janji untuk memastikan bahawa warfarin diberikan dengan wajar. Sentiasa buat janji temu lain jika anda gagal menghadiri salah satu. Anda hendaklah pertimbangkan membawa kad pengenalan (Buku Panduan untuk Pesakit Warfarin) untuk menunjukkan yang anda mengambil warfarin. Ini penting terutamanya semasa kecemasan atau apabila anda tidak sedar. Berunding dengan ahli farmasi atau doktor anda mengenai cara mendapatkan kad ini.

(iii) Interaksi Drug – Drug
  Banyak pengubatan mengganggu keberkesanan warfarin. Penting bagi anda memberitahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda mengambil pengubatan lain termasuk pengubatan tanpa preskripsi, tradisional dan herba. Ini termasuk:
 o Antasid
o Batuk atau ubat selesema
o Ubat ulser gaster
 o Julap
o Ubat tahan sakit (contohnya, aspirin dan NSAIDS lain)
 o Vitamin tambahan (Vitamin

K) Drug – Makanan 
 Bincang diet anda dengan doktor. Jangan lakukan sebarang perubahan besar terhadap pengambilan makanan yang mengandungi vitamin K, seperti hati, sayuran berdaun hijau dan brokoli, kerana ia mungkin mengubah kesan warfarin.

Drug- Herba
  Dinasihatkan supaya tidak mengambil apa-apa Jamu, ubat Cina (Gingko Biloba, Ginseng, Dong Quai) atau Ayurvedik , kerana kesannya terhadap warfarin tidak boleh diramal. (iv) Kesan Ubat Kesan Terapeutik
 Mencegah dan merawat darah beku di dalam saluran darah. Kesan Sampingan
 Kesan sampingan clopidogrel yang paling biasa ialah pendarahan.
 Lebam-lebam: Anda mungkin mudah menjadi lebam sekiranya jatuh atau terlanggar sesuatu. JANGAN gosok atau urut kawasan tersebut. Sila dapatkan perhatian perubatan jika lebam bertambah besar atau saiznya tidak berkurangan, atau jika anda mendapat lebam-lebam tanpa sebab nyata.

 Pendarahan: Sila dapatkan perhatian pengamal perubatan sekiranya anda mengalami simptom berikut
: o Pendarahan daripada telinga, hidung, gusi (jangan lupa menggunakan berus gigi lembut)
 o Muntah darah (yang mungkin kelihatan seperti serbuk kopi atau darah segar)
o Sakit perut tanpa sebab
 o Bintik merah pada kulit
 o Kesakitan atau pembengkakan luar biasa (con. Pada sendi)
o Darah dalam air kencing
o Darah haid yang banyak
 o Pendarahan rektum
o Najis hitam, melekit

No comments:

Post a Comment